Keluarga Al-Jambuli.
Keluarga Al_Jambuli adalah keturunan salasilah Haji Othman Jambul anak kepada Cik Nuh (Tok Cik Nun) yang berasal dari Kampung Anak Keranji, Daerah Pasir Mas Kelantan. Haji Othman Jambul mempunyai 3 orang anak iaitu 1. Haji Ismail 2. Hjh Fatimah dan 3. HjhChe Mek/Domek/Mek Nab.
Setakat ini perjumpaan diadakan hanya pada saluran satu keturunan Haji Ismail sahaja. Sehingga ke hari ini keluaraga Al-Jambuli (Hj Ismail) telah mempunyai 7 keturunan (1. Ibu Bapa 2. Anak 3. Cucu 4. Cicit 5. Ciut 6. Ciat 7. Piut ).
Keluarga AL-Jambuli menghimpunkan ahlinya pada hari ke-2 Hari Raya Haji/Korban setiap tahun. Keluarga ini di ketua oleh seorang Presiden tetap yang di lantik melalui mesyuarat agong.
Perjumpaan Pertama 11 Julhijjah 1414/ 22 Mei 1994
Perjumpaan Pertama telah diadakan dengan jayanya di kampung asal usul keluarga ini, iaitu di Kg. Anak Keranji (rumah Ayah Soh – Yusuf Hj. Ismail). Boleh dikatakan semua keluarga datang memenuhi ruang rumah.
Aktivit yang dijalankan pada perjumpaan pertama lebih kepada memperkenalkan keluarga masing2. Kemudian sesi pemilihan Presiden Keluarga Al-Jambuli, di ikuti dengan bacaan tahlil arwah dan doa selamat. Kemudian sedikit jamuan disediakan.



Untuk mendapatkan lebih info sila ke alamat :
Perjumpaan Pertama

