Boleh dilakukan di waktu siang atau malam dengan jumlah 4 rakaat kesemuanya. Jika di lakukan pada waktu siang hari, 4 rakaat dengan 1 salam dan jika di lakukan pada waktu malam hari, 4 rakaat dengan 2 salam.
Amalakan selalu akan di ampun Allah semua dosa-dosa yang dahulu dan kemudian, yang baru dan lama, yang terlanjur atau sengaja, yang kecil atau besar, yang nyata atau tersembunyi.
Muslim dituntut melakukan sekali seumur hidup, jika berkeupayaan di lakukan setahun sekali, sebulan sekali, seminggu sekali atau setiap hari.
1. niatnya adalah :
Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah taala. (Jika dilakukan pada siang hari)
Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah taala. (Jika dilakukan pada malam hari)
2. Selepas doa iftitah bacalah tasbih 15 kali :
Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah, Allah yang Maha Agong dan tiada daya dan kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan Maha Agong.
3. Selepas Al-Fatihah dan baca surah, diikuti dengan tasbih 10 kali
4. Rukuk dan baca tasbih 10 kali
5. Iktidal dan baca tasbih 10 kali
6. Sujud pertama dan baca tasbih 10 kali
7. Duduk antara dua sujud dan baca tasbih 1o kali
8. Sujud kedua dan baca tasbih 10 kali
Di lakukan pada empat-empat rakaat menjadikan jumlah tasbih sebanyak 3oo rakaat.
Selepas memberi salam, berzikir dengan zikir yang membesarkan tuhan dan mohon keampunan. Kemudian mohonlah kepada Allah sebarang hajat yang dikehendaki.


Posted by yusrialjambuli 
