Sembahyang Sunat Tasbih

February 21, 2010

Boleh dilakukan di waktu siang atau malam dengan jumlah 4 rakaat kesemuanya. Jika di lakukan pada  waktu siang hari, 4 rakaat dengan 1 salam dan jika di lakukan pada waktu malam hari, 4 rakaat dengan 2  salam.

Amalakan selalu akan di ampun Allah semua dosa-dosa yang dahulu dan kemudian, yang baru dan lama, yang terlanjur atau sengaja, yang kecil atau besar, yang nyata atau tersembunyi.

Muslim dituntut melakukan sekali seumur hidup, jika berkeupayaan di lakukan setahun sekali, sebulan sekali, seminggu sekali atau setiap hari.

1. niatnya adalah :

Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah taala. (Jika dilakukan pada siang hari)

Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah taala. (Jika dilakukan pada malam hari)

2. Selepas doa iftitah bacalah tasbih 15 kali :

Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah, Allah yang Maha Agong dan tiada daya dan kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan Maha Agong.

3. Selepas Al-Fatihah dan baca surah, diikuti dengan tasbih 10 kali

4. Rukuk dan  baca tasbih 10 kali

5. Iktidal dan baca tasbih 10 kali

6. Sujud pertama dan baca tasbih 10 kali

7. Duduk antara dua sujud dan baca tasbih 1o kali

8. Sujud kedua dan baca tasbih 10 kali

Di lakukan pada empat-empat rakaat menjadikan jumlah tasbih sebanyak 3oo rakaat.

Selepas memberi salam, berzikir dengan zikir yang membesarkan tuhan dan mohon keampunan. Kemudian mohonlah kepada Allah sebarang hajat yang dikehendaki.


Siri Kuliah Tafsir Al-Quran IKIMFM

January 19, 2010

Salam semua.

Bertemu kembali. Pertama sekali, saya mohon kemaafan tidak update blog ini. Ini di sebabkan beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan, di samping tidak mempunyai masa.

Syukur, Allah bagi kekuatan untuk saya meneruskan kembali siri kuliah Tafsir Al-Quran oleh Ustaz Zahazan Mohamad ini. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menderngar kuliah di radio IKIMFM atau ketinggalan pada kuliah-kuliah tertentu bolehlah saudara sekelian download siri ini.

Saya mulakan siri ini dengan surah yang paling utama iaitu Surah Al-fatihah. Moga kita mendapat sedikit panduan dan ilmu darinya.

Bagi download kuliah ini sila layari page : download 2


Siri Kuliah Khososul Ambiyak Ustaz Wan Sohor Bani Leman – KLFM

March 15, 2009

wan_sohor_pasSiri Pengajian Khososul Ambiyak (Sejarah Nabi-Nabi) melalui program Al-Zikr di Radio KLFM oleh Wan Sohor Bani Leman pada jam 6.45 pagi setiap Isnin hingga Jumaat. Saudara boleh mendengar siaran ini melalui gelombang 97.2FM di lembah klang.

Bagi mereka yang tak berkesempatan dan terlepas, bolehlah muat turun fail yang ada di web ini. Jadikan sirah Nabi-Nabi sebagai panduan hidup kita. Banyak pengajaran dan iktibar dapat di ambil dari sirahpara Nabi-Nabi.

Harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan dan pengunjung sama-sama mendapat manfaat dari uasaha yang kecil ini.


Siri Kuliah Tafsir Al-Quran Dari Radio IKIM

March 6, 2009

zahazan-mohamedSiri Kuliah Pengajiah Tafsir Al-Quran oleh Ustaz Zahazan Mohamed di Radio IKIM pada jam 6.30 pagi dan ulangan pada jam 8.00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat. Saudara yang tak berkesempatan atau ketinggalan dalam mengikutinya bolehlah muat turun siri kuliah belaiu.

Saya memohon maaf dengan sekiranya ada audio yang kurang memuaskan. Harapan saya agar pengunjung beroleh sedikit manfaat dan bekalan untuk akhirat nanti. InsyaAllah.

Sila ke Page Download 2 : Link

09 Rabiulawal 1430H/06 Mac 2009


Al-Fatihah untuk Arwah Hajah Esah binti Siti Hajar.

February 25, 2009

Arwah nenek aku selamat di kebumikan di Perkuburan Kampung Siram. Aku sendiri yang menurunkan arwah nenekku ke dalam liang lahat. Emak aku (Ma) sendiri yang memandikan & mengkafankan arwah nenek dan di bantu oleh adik beradik Ma.

Semoga Arwah nenek Esah binti Taib dicucuri rahmat dan mendapat keampunan serta ditempatkan bersama roh2 para solehah.

“Wahai TuhanKu, Ampunkanlah daku, kedua ibubapaku,kaum keluargaku., nenek moyang ku serta kaum muslimin dan muslimat. Cucurilah rahmatmu kepada kaum kerabatku, jauhkanlah kaum keluarga aku dari api nerakamu”.

Al-fatihah … hadiahkan kepada Hajah Esah binti Siti Hajar

29 Safar 1430H/25 Feb 2009


Moral !!! ………….TINGGI atau BURUK

February 18, 2009

Semalam kita dikhabarkan dan dihebohkan oleh media mengenai Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong terlibat dengan skandal moral. Satu skandal yang mengaibkan dan memalukan sesorang yang bergelar Yang Berhormat.

Sama ada YB Eli. dengan rela atau tidak gambarnya diambil semasa tidur, bukan menjadi topik penulisan saya dalam blog ini. Yang ingin saya sentuh adalah rendahnya akhlak dan moral YB Eli apabila berdua-duaan dalam bilik dengan teman lelakinya. Serta sempat tidur dengan tubuh yang menghairahkan. Dimana dan bila peristiwa itu berlaku belum ditentukan dan apa yang berlaku di dalam bilik berkenaan,Walallahuaklam.

Sama ada peristiwa itu berlaku sebelum YB Eli menjadi calon atau sebaliknya tidak menjadi persoalan sekiranya kita bercakap bab moral. Jika seseorang YB terlibat dengan skandal moral tidak kira dari parti PAS, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, sewajarnya kita menolak dan mencemuh. Semua orang memandang perkara tersebut adalah tidak elok dan berakhlak buruk.

Dalam ajaran Islam memang kita diharuskan menyembunyikan kepada orang ramai atau sesiapa sahaja kesalahan yang kita lakukan. Kita diajar supaya pandai menjaga kehormatan diri, supaya kita di pandang mulia oleh masyarakat. Dalam kes YB Eli apabila kesalahan sudah pecah dan diketahui umum, wajarlah beliau melepaskan Jawatan Exco Negeri Selangor dan juga Wakil Rakyat Bukit Lanjan..

Sikap bertanggungjawab yang di tonjolkan oleh YB Eli melepaskan kesemua jawatan dalam kerajaan dan wakil rakyat sepatutnya di contohi oleh YB dari Pakatan Rakyat atau dari Barisan Nasional. Banyak kta dengar cerita2 Yang Berhormat yang berakhlak buruk, kita dengar Memteri Besar rogol budak bawah umur, Yang Berhormat terlibat dengan kes rasuah, Yang Berhormat terlibat dengan pembunuhan, Yang Berhormat terlibat dengan pemesongan duit kerajaan, Yang Berhotmat yang terlibat dengan pecah manah, tapi masih sekarang disangjung, masih sekarang memegang jawatan tinggi, masih lagi diangkat menjadi pimpinan.

Rakyat Negara kita sekarang di istilahkan sebagai “mati rasa”. Mendengar dan melihat moral yang buruk menjadi “ala bias tegal biasa”. Kepekaan rakyat terhadap moral buruk adalah rendah, ini kerana kita disajikan sehari-hari oleh media dengan panjang lebar dan terperici ceritanya terutama yang melibatkan seks. Menyebabkan kita “mati rasa”. Iman semakain lemah dan pengaruh syaitan mengusai diri.


Balik Kampung

January 23, 2009

Sempena dengan cuti Hari Raya Cina pada 26-27 Jan ini, ramai anak2 perantau membuat perancangan pulang ke kampung menjenguk Ibubapa sambil menghadiri majlis2 kahwin.

Bagi mengelak dari terperangkap kesesakan lalulintas, elok sekiranya kita merancang perjalanan dengan sebaik mungkin agar ahli keluarga terselamat dari pelbagai perkara yang tidak dingini. Biarlah kepulangan kita di sambut dengan kegembiraan oleh kedua ibubapa. “Biar lambat asalkan selamat”.

Sebelum memulakan perjalanan elok sekiranya kereta di periksa supaya berada dalam keadaan baik. System break, lampu break, minor service, air viper, air bateri, angin dan bunga tayar, lampu signal berfungsi, lampu besar menyala atau tidak dan akhir sekali air corn sejuk atau tidak.

Berdoalah sebelum berangkat dengan doa yang telah di ajar oleh Nabi kita S.A.W :

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

agar kita dilindungi dari bahaya dan dirahmati oleh Allah sepanjang perjalanan pergi dan pulang……. selamat bercuti…26 Maharam 1430H


Siri Kuliah Sirah Nabawiyah – Ibnu Hisyam oleh TGNA

September 19, 2008

Siri Kuliah Sirah Nabawiyah Rasulullah – Ibnu Hisyam
18 Ramadhan 1429H /18 September 2008

Siri pengajian Sirah Rasulullah dari Kitab Ibnu Hisyam menceritakan sirah Rasulullah dari awal Keturunan Baginda iaitu Nabi Ismial A.S sehingga Baginda Wafat. Buku ini mempunyai perbezaan dari buku-buku sirah Rasulullah yang lain kerana menghuraikan secara terperinci kehidupan Rasulullah.

Kitab ini di kupas oleh Ulamak terkenal tanah air iaitu Tuan Guru Dato Haji Nik Aziz bin Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) di Pondok beliau di Pulau Melaka. Tuan Guru mengulas dan menperincikan kuliah beliau dengan keadaaan semasa. Kupasan yang begitu menarik dan menyeronokkan.

Ikutilah siri-siri kuliah Tuan Guru melalui blog ini. Pengunjung boleh muat turun (download) kuliah ini dari masa kesemasa sehingga lah siri ini habis…InsyaAllah. Saya akan memasukan 5 siri kuliah tersebut seminggu. Semoga pengujung mendapat sedikit sebanyak dari kuliah tersebut. Semoga kita semua beroleh manfaat dan menambah ilmu pengetahuan.

Sila Klik disini untuk ke Page Takirah


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.